Friday 18 July 2014

Senarai Anak Kapal Nahas MH17


Angeline Premila Rajandaran (kiri)


Azrina Yakob (kanan)


Captain: Wan Amran Bin Wan Hussin (male, 50 years old) 
Captain: Eugene Choo Jin Leong (male, 45 years old) 
Vice- captain: Ahmad Hakimi Bin Hanapi (male, 29 years old) 
Vice- captain: Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (male, 27 years old) 
Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (male, 54 years old) 
Dora Shamila Binti Kassim (female, 47 years old) 
Azrina Binti Yakob (female, 41 years old) 
Lee Hui Pin (female, 42 years old) 
Mastura Binti Mustafa (female, 40 years old) 
Chong Yee Pheng (female, 40 years old) 
Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (male, 44 years old) 
Sanjid Singh Sandhu (male, 41 years old) 
Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (female, 42 years old) 
Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (female, 31 years old) 
Angeline Premila Rajandaran (female, 30 years old)


Kronologi Nahas MH17


Kenyataan PM mengenai tragedi MH17




erikut ialah kenyataan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

___________________________

Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

Pesawat itu adalah Boeing 777-200.

Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

Penerbangan itu membawa sejumlah 298 orang – merangkumi 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini.   

Tetapi kami perlu - dan kami akan - mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

Kita akan berusaha sedaya upaya.

Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. "Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan.


Gambar Misil yang dipercayai menembak MH17, buatan Rusia



Gambar Misil yang dipercayai menembak MH17, buatan Rusia :(


43 Warganegara Malaysia Nahas MH17



KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang  dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga penumpang dan krew tentang kejadian ini,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.

Teruja hendak pulang - Ariza Ghazalee - Penumpang MH17





Teruja hendak pulang
Petra Jaya: "Ariza ada menghubungi kami sebelum berlepas (dari Amsterdam) me minta supaya mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 4 petang (semalam).

"Dia bersama suami dan anak dijadualkan pulang ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2 petang ini untuk pulang berhari raya dan terus bekerja di Shell Kuala Lumpur selepas tiga tahun bekerja di Kazakhstan," kata Jamilah Noriah Abang Anuar, 72 ibu kepada Ariza Ghazalee, 46, salah seorang penumpang MH17.
Ariza bersama suami Tambi Jiee, 48 dan empat anaknya Muhamad Afif 19, Muhamad Afzal 17, Marsha Azmeena 15, Marsha Afruz, 13 dalam penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur untuk pulang menyambut Aidilfitri di rumah ibunya di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Jalan Astana, di sini.

Menurut Jamilah, anak kedua daripada lima beradik itu begitu teruja untuk pulang kerana suaminya Tambi dapat bertukar ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

Katanya, pada mulanya anaknya itu memaklumkan akan berada di Kuala Lumpur selama tiga hari sebelum pulang ke Kuching tetapi membatalkan rancangan itu kerana ingin berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga di kampung.

"Sebaik mendengar berita itu saya sudah jangka sesuatu yang buruk berlaku dan tunggu hingga pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pengesahan.

"Sebaik selesai sidang media kami menghubungi MAS untuk pengesahan dan sah mereka enam beranak menaiki penerbangan itu," katanya ketika ditemui di rumah anak sulungnya di Jalan Sultan Tengah, di sini, sebentar tadi.

Jamilah berkata, kini dia masih menunggu perkembangan lanjut dari MAS untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, suasana suram dan hiba menyelubungi perkarangan rumah keluarga mangsa apabila semua adik beradik dan keluarga terdekat berkumpul menunggu perkembangan lanjut mengenai nahas pesawat itu.

Kenalan dan jiran terdekat tidak henti datang berkunjung memberi kata semangat dan mengucapkan takziah.

Jamilah dan beberapa ahli keluarga beberapa kali dilihat melihat album gambar enam beranak itu.

Pramugari Pesawat Penerbangan MH17 - Angeline Premila Rajandaran


Kru kabin Pesawat Penerbangan MH17, Angeline Premila Rajandaran (kiri) dipercayai terkorban dalam Nahas MH17


Instagram terakhir seorang penumpang MH17



Thursday 17 July 2014

Kapten Kapalterbang MAS MH17 #KaptenKapalterbangMASMH17



KAPTEN pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin dipercayai terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine, semalam. Gambar ini diambil daripada laman facebook keluarganya. - Foto Ihsan 



Gambar #tragedimh17















Tragedi #mh17


Friday, July 18, 04:15 AM SGT +0800 Statement by Prime Minister Najib Razak: Malaysian Airlines flight 17

Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine.

Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur.

The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time.

The aircraft was a Boeing 777-200.

The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation.

And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions.

Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call.

The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members.

Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin.

The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team.

According to information provided by Kiev Air Traffic Control, the location of the plane’s emergency locator beacon is 48 degrees 7 minutes and 23 seconds North; and 38 degrees 31 minutes and 33 seconds East.


The Ukrainian authorities believe that the plane was shot down.

At this early stage, however, Malaysia is unable to verify the cause of this tragedy.

But we must – and we will – find out precisely what happened to this flight.

No stone can be left unturned.

If it transpires that the plane was indeed shot down, we insist that the perpetrators must swiftly be brought to justice.

Emergency operations centres have been established. In the last few hours, Malaysian officials have been in constant contact with their counterparts in Ukraine and elsewhere.

And I will be speaking to a number of world leaders over the coming hours.

I have had several conversations with the Prime Minister of the Netherlands.

I have also spoken to the President of Ukraine. He has pledged that there will be a full, thorough and independent investigation, and Malaysian officials will be invited to take part.

The Ukrainian president also confirmed that his government will negotiate with rebels in the east of the country, in order to establish a humanitarian corridor to the crash site.

Just now, I received a call from President Obama.

He and I both agreed that the investigation must not be hindered in anyway.

An international team must have full access to the crash site.

And no one should interfere with the area, or move any debris, including the black box.



This is a tragic day, in what has already been a tragic year, for Malaysia.

As we work to understand what happened, our thoughts and prayers are with the family and friends of those onboard the flight.

I cannot imagine what they must be going through at this painful time.

The flight’s passengers and crew came from many different countries.

But today, regardless of nationality, we are all united in grief.

ENDS